Isnin, 11 Disember 2023

Bersediakah kita ke arah Pendigitalan Kampus?

Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) kini menuntut perubahan dalam teknologi automasi yang turut memberi kesan terhadap sektor perkhidmatan termasuklah dalam bidang pendidikan memandangkan ia bakal memberi kesan langsung kepada bakal graduan yang dihasilkan. Dalam merealisasikan usaha ini, universiti perlu membuat persediaan secara komprehensif di era revolusi digital untuk terus kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan serta mencorakkan kegemilangan dalam landskap pendidikan negara.  

Usaha kerajaan dalam memperkasakan agenda kerajaan digital telah dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang merangka serta menyelaras strategi penyampaian perkhidmatan. 

 
Menggerakkan Budaya Digital 

Agenda pendigitalan kampus dilihat menyasarkan peningkatan produktiviti seiring dengan teknologi pintar yang merangkumi pengurusan akademik, penyelidikan, pentadbiran, kewangan dan perpustakaan serta keupayaan infostruktur dan infrastruktur ICT berteraskan teknologi pintar dengan pendekatan pendidikan yang melangkaui kampus (Beyond Campuses) dan sempadan (Beyond Borders). Kemahiran mengurus data dari pelbagai sumber juga amatlah penting bagi memastikan kelestarian pendidikan yang berteraskan teknologi dan  kejuruteraan yang akan menyokong terhadap pembangunan negara. Kepentingan teknologi data analitik dan pengkomputeran awan juga sangat signifikan dalam usaha menyokong cara pelajar berinteraksi dengan kandungan pembelajaran yang bersesuaian dengan trend digital terkini melalui gajet dan keupayaan capaian internet.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 juga turut menggariskan agenda Lonjakan 9: Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global. Di universiti ini, seramai 20,204 pelajar telah mengikuti program pembelajaran dalam Talian Tahap Global melibatkan  kursus Massive Open Online Courses (MOOC) dan  kursus Micro-credential.

https://invol.co/clkfhil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan