Jumaat, 14 Oktober 2016

Permohonan Kemasukan Ke Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2016/2017 (FEBRUARI)

Permohonan Kemasukan Ke UPSI Ambilan Februari Aesi 2016/2017

permohonan kemasukan UPSI
Permohonan Kemasukan Ke UPSI Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sesi 2016/2017 boleh dibuat pada 10 Oktober 2016 selepas jam 12.00 tengahari  dipautan

di sini

Perhatian kepada calon-calon yang memohon


Sila imbas (scan) dan hantar salinan dokumen berikut ke emel ke rekod.akademik@siswa.upsi.edu.my dan sila poskan ke alamat seperti berikut:-
 
Penolong Pendaftar Kanan,
Unit Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Bangunan Canselori,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim Perak
 
1) Salinan IC
2) Salinan Sijil SPM
3) Salinan Keputusan Matrikulasi: atau
4) Salinan Keputusan STPM; atau
5) Salinan Keputusan STAM; atau
6) Salinan Transkrip dan Skrol Diploma
7) Salinan Keputusan MUET
 
Tarikh akhir penghantaran adalah sebelum 2 November 2016

Panduan memuatnaik borang permohonan dan dokumen yang diperlukan boleh dilakukan di sini

Selasa, 11 Oktober 2016

Bagaimana Mengimbas Dokumen Atau Gambar Menggunakan Peranti Android Dan iOS?

Bagi kebanyakkan pengguna, kadang-kala, anda mungkin diperlukan untuk mengimbas sesuatu dokumen dan menghantar ia dalam bentuk emel atau PDF dengan serta-merta. Pengimbas mungkin agak sukar untuk dicari, dan untuk mengatasi dan memudahkan anda, salah satu aplikasi yang agak berguna pada telefon atau tablet Android dan iOS anda adalah CamScanner yang boleh didapati di Play Store.

CamScanner menggunakan kamera telefon pintar anda dalam merakamkan gambar sesuatu dokumen, dan kemudiannya mengoptimasikan ia supaya kelihatan sebagai dokumen yang diimbas dengan pantas dan mudah.
Daripada percubaan kami, ia berfungsi dengan agak baik, dan memberikan pilihan kepada pengguna untuk membaiki lagi hasil akhir, dengan memilih kadar kecerahan dan sebagainya.
Untuk teks, kadang-kala ia tidak begitu baik, tetapi menghasilkan imbasan yang amat baik untuk gambar. Aplikasi ini turut didatangkan dengan sokongan pengiklanan, dan untuk mereka yang tidak gemarkannya, pembangunnya menyediakan versi berbayar untuk membuangnya.

Bagi mereka yang ingin mencuba dan menggunakannya, anda boleh memuat-turun ia secara percuma, dan menggunakannya dalam mengimbas dokumen anda.

Cara Mengirim Dokumen Ke Dalam Email Gmail

Disini saya terangkan seba sedikit tentang cara mudah untuk mengirimkan file/dokumen lampiran melalui email terutama gmail

Sila ikuti langkah-langkah dibawah ini.

1. Cara Mengirim Email di Gmail



  • Login ke akun gmail anda.
  • Lalu klik Compose atau Tulis.
  • Akan terbuka sebuah form di web browser anda , kemudian isikan alamat email penerima pada To/kepada, Subjek/Judul lalu isi email tersbut.

  • Untuk mengirim, klik Butang Send.

2. Mengirim Email di Gmail Beserta Dokumen/Lampiran



Jika anda ingin mengirimkan dokumen/folder (kompres dulu) baik berisi dokumen word, excel, pdf, powerpoint, gambar dan lainnya caranya hampir sama dengan langkah diatas, Namun  anda harus klik tanda klip untuk memuatnaik file/dokumen yang ingin dikirim melalui email tersebut dan berikut panduannya :
  • Masuk ke akun gmail.
  • Klik Compose dan selanjutnya isi alamat penerima, subjek dan pesan yang ingin dikirim.
 

  • Klik tanda Klip (Attach File) dan seterusnya cari file yang ingin anda kirim tersebut, setelah itu klik Open.
  • Tunggu sampai file selesai diupload, terakhir klik Send atau Kirim.

#Adakah Boleh Mengirim Banyak File Sekaligus?
Anda boleh kirim sebanyak mana yang anda mahu sekaligus dalam satu lampiran mengikut jumlah saiz fail tidak melebihi 25MB.

#Bagaimana Cara  Mengirim Folder Email Gmail?
Jika anda hendak mengirim folder ke dalam gmail, anda harus kompres menggunakan perisian winzip atau winrar. Folder yang sudah dalam bentuk zip atau rar , anda boleh terus mengirim di dalam gmail.

Jika anda sudah install winrar, caranya klik kanan pada folder tersebut lalu pilih Add to archive atau yang simpel Add to “namafolder.rar”

Sedangkan jika tidak memiliki winrar caranya, klik kanan pada folder lalu pilih Send toCompressed (zipped) folder.

Compressed (zipped) folder

Ingat : Yang dikirim nanti adalah folder yang sudah menjadi rar atau zip

#Berapa Ukuran File Maksimum Yang Boleh Dikirim?

Gmail hanya membenarkan maksimum ukuran file yang boleh dikirim sebesar 25MB tetapi jika ingin mengirim lebih dari itu maka anda harus menggunakan google drive,nanti akan muncul peringatan dan untuk melanjutkan mengirim file besar klik Send using Google Drive. Sila ikut arahan seterusnya.
Ukuran File Maksimal Yang Bisa Dikirim